23 April 2011

Seminar Hartanah (Hartawan Hartanah)

Seminar Hartanah yang dianjurkan oleh Tuanbri.Com setakat ini alhamdulillah mendapat sambutan.

Gembira hati bila melihat masih ramai lagi orang islam yang meminati pelaburan hartanah….masih ramai lagi yang berminat untuk beli rumah, tak kisah sama ada nak beli rumah lelong, rumah Subsale, under construction, dan sebagainya.

Janji tips beli rumah kita dapat share sama sama….

Maka demikian, berakhirlah Seminar Hartanah – Langkah 1 untuk sesi kedua 2011. Akan diadakan lagi dalam masa terdekat ini sekiranya ada permintaan.

Seminar akan datang telah dirancang dan akan dibuat pada tarikh (RAHSIA) akan dihadiri oleh beberapa Speaker Jemputan, khas untuk para peserta Seminar Hartanah “4 Langkah ke arah Hartawan Hartanah”.

Antaranya ialah :
1. Ho Chin Soon – Si Pembuat Peta Malaysia. Ada buku dia dijual di Pejabat Satu Solution, rujuk kepada Hartanah Panas – Hot Properties.
2. Pak Di -Hanya untuk yang mahu Celik Wang- Pakar Kewangan, Pengarang buku “Rancang Wang Dari Sekarang”. Boleh cari buku beliau di kedai buku terkemuka.
3. Zaidi Ismail -Hidup Tenang Tanpa Beban Kewangan- Beliau juga pengasas ‘Urus Insan’.

Oleh itu, sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan nama anda di ruangan komen.

No comments: